Disediakan oleh RAJA MALIK
KUALA LUMPUR, 10 September – Sebuah sesi perhimpunan rasmi di SMTKL hari ini bertukar menjadi tegang apabila pelajar dari kelas 4E1 mempertikaikan teguran kekemasan diri yang dikenakan ke atas mereka. Sesi 'spot check' yang dianjurkan oleh pihak warden dan guru disiplin itu, dikendalikan oleh En. Azmeer dan Pn. Hasnah.
Menurut laporan, kelas 4E1 didapati melakukan kesalahan kekemasan diri, iaitu tidak memakai lencana sekolah. Namun, penyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar.
Seorang wakil pelajar Tingkatan 4E1 berpendapat bahawa teguran tersebut tidak masuk akal dan tidak logik. "Kami berpendapat bahawa penyataan ini tidak adil. Selama enam bulan kami menduduki di sekolah ini, tidak pernah ada sebarang teguran tentang isu lencana," katanya. "Tiba-tiba pada hari ini, ia dianggap sebagai satu kesalahan."
Walaupun pihak guru disiplin bertegas bahawa pemakaian lencana sekolah adalah sebahagian daripada peraturan kekemasan diri yang wajib dipatuhi, pelajar 4E1 mendakwa pihak berkuasa sekolah tidak pernah mengambil tindakan atau memberikan amaran lisan sepanjang tempoh tersebut.